1. Mengurus Pewarisan dalam Sdn Bhd
Pewarisan adalah salah satu aspek yang tidak wujud dalam perniagaan jenis enterprise.
Bagi Sdn Bhd, jika shareholder atau director meninggal dunia, syarikat masih boleh beroperasi seperti biasa. Setiausaha syarikat akan membantu dalam urusan penggantian atau melantik pemegang amanah sementara untuk menguruskan syarikat.
Sebaliknya, bagi enterprise, perniagaan tersebut akan ditutup atau berakhir bersama pemiliknya. Aset berkaitan enterprise akan diwariskan kepada pewaris. Untuk meneruskan perniagaan itu, pewaris atau mana-mana individu yang berminat perlu mendaftarkan enterprise baru dan memulakan semula operasi dari awal, termasuk membuka akaun bank baru, mendaftarkan majikan baru, memohon semula kontrak atau tender, dan sebagainya.
2. Memperoleh Peluang Yang Lebih Besar
Dalam memohon tender atau fasiliti kewangan, terdapat perbezaan dari segi keperluan dokumentasi antara Sdn Bhd dan enterprise. Ini kerana kriteria atau syarat bagi kedua-dua entiti tersebut berbeza.
Peluang untuk mendapatkan tender dan fasiliti kewangan adalah lebih besar dan meluas bagi Sdn Bhd, kerana ia mempunyai modal saham dan penyata kewangan yang diaudit. Kedua-dua maklumat ini tidak terdapat pada enterprise.
3. Meningkatkan Perniagaan dengan Struktur Anak Syarikat / Group Companies
Pemilik perniagaan yang mempunyai visi dan misi yang lebih besar, sama ada untuk menakluki pasaran Malaysia atau ke luar negara, biasanya memerlukan perkembangan perniagaan yang lebih kompleks dan beraneka. Ini sering dilakukan melalui penubuhan beberapa entiti perniagaan dalam bentuk konsortium atau kumpulan syarikat yang terdiri daripada anak-anak syarikat.
Hal ini tidak dapat dilakukan melalui enterprise, tetapi boleh dilakukan dengan Sdn Bhd. Enterprise tidak boleh menjadi syarikat induk atau anak syarikat.
Bagi Sdn Bhd pula, syarikat induk boleh memiliki lebih daripada satu anak syarikat melalui pegangan saham. Apabila tiba hujung tahun kewangan, penyata kewangan syarikat induk akan digabungkan bersama penyata anak-anak syarikat, menghasilkan nilai kewangan yang lebih kukuh dan kuat jika semua entiti anak syarikat berjalan dengan baik.
4. Kadar Cukai
Kadar cukai maksimum bagi Sdn Bhd adalah 24%, manakala bagi enterprise adalah sebanyak 30%. Peratusan ini dikira berdasarkan keuntungan bercukai.
Bagi Sdn Bhd yang mempunyai modal saham tidak melebihi RM2.5 juta dan jualan tidak melebihi RM50 juta:
- Bagi RM150,000 pertama, cukai dikenakan pada kadar 15%.
- Bagi RM150,001 hingga RM600,000, kadar cukai adalah 17%.
- Bagi jumlah melebihi RM600,001, kadar maksimum 24% akan dikenakan.
Jika modal saham Sdn Bhd melebihi RM2.5 juta dan jualan melebihi RM50 juta, kadar cukai maksimum 24% akan dikenakan tanpa pengurangan.
Bagi enterprise pula, kadar cukai lebih tinggi berdasarkan keuntungan. Sebagai contoh:
- Keuntungan bercukai antara RM100,000 hingga RM400,000 akan dikenakan cukai sebanyak 25%.
- Bagi keuntungan bercukai melebihi RM600,000, kadar cukai adalah 28%.
- Kadar maksimum 30% dikenakan jika keuntungan bercukai melebihi RM2 juta.
Rujukan penuh bagi Kadar Cukai Enterprise tahun 2023 boleh semak melalui website LHDN.
Kalau nak tahu lebih lagi, apa kata anda hubungi kami. Boleh klik di sini untuk hubungi kami.