Apa yang anda perlu tahu tentang syarikat Sdn Bhd?

Ramai yang ingin memulakan perniagaan sendiri sama ada Perniagaan Online atau offline, disebabkan tidak suka bekerja dengan orang lain atau nak jadi bos. Pasti anda pernah dengar perkataan Sendirian Berhad (Sdn Bhd). Ini merupakan perkataan yang sering berkait dengan jenis perniagaan yang telah banyak ditubuhkan. Ada juga yang ingin menaik taraf syarikat daripada perniagaan Enterprise kepada syarikat Sendirian Berhad.

Oleh itu, sebelum nak naik taraf atau nak daftar perniagaan sebagai sdn bhd, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu:

  1. Penubuhan dan Pemilikan Syarikat

Sdn Bhd dikategorikan sebagai syarikat yang ditubuhkan bawah Jenis Syarikat Berhad yang dihadkan oleh saham. Saham syarikat ini tidak boleh dijual kepada orang awam. Syarikat sdn bhd ditubuhkan dengan bermatlamatkan keuntungan. Pemilik syarikat ini, berdasarkan akta baru boleh dimiliki oleh seorang individu. Modal penubuhan syarikat ini adalah daripada pemilik syarikat. Setiap penubuhan syarikat perlu membuat pendaftaran penubuhan syarikat kepada SSMĀ (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Syarikat sdn bhd juga mempunyai saham atau syer yang dimiliki lebih daripada seorang individu. Ahli-ahli ini dikenali sebagai Lembaga Pengarah Syarikat atau pemegang-pemegang saham syarikat. Pemegang saham terbesar boleh mengawal syarikat.

Selain itu, setiap aset yang ada dalam syarikat adalah milik syarikat sepenuhnya. Tidak ada istilah pemilikan aset dinamakan pada satu nama atau seorang individu tertentu. Syarikat juga bertanggungjawab ke atas segala masalah dan hutang yang dimiliki oleh syarikat. Status syarikat sdn bhd ini senang dikenali kerana nama syarikat hendaklah di letakkan SDN. BHD pada hujungnya. Contohnya, AMR Business Consultant Sdn. Bhd.

2. Pengurusan dan Pengendalian Syarikat

Pemilik syarikat sdn bhd selalunya pemegang saham terbesar syarikat, boleh memilih untuk terlibat atau tidak masuk campur dalam hal-hal urusan syarikat. Setiap keputusan berkenaan dengan syarikat perlu mendapatkan sokongan dan dipersetujui oleh setiap ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

CEO (Chief Executive Officer) atau Ketua Pengarah Urusan merupakan ketua utama bagi pengurusan sebuah syarikat. Jawatan ini boleh disandang oleh antara pemegang saham syarikat ataupun individu yang bukan pemegang saham. Ia juga bergantung kepada kebiasaan atau syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat tersebut bagi melantik CEO syarikat. CEO bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan perniagaan dan pengurusan syarikat.

Pengurusan syarikat sdn bhd perlu dibantu oleh Setiausaha Syarikat (Company Secretary) dalam hal-hal pengendalian syarikat. Setiap syarikat perlu melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha. Setiausaha syarikat bertindak sebagai pegawai syarikat dan penasihat kepada Lembaga Pengarah Syarikat.

Syarikat jenis sdn bhd juga boleh buat urusan perniagaan seperti membuat pembelian, menyewa, masuk mana-mana kontrak dan memiliki hartanah sendiri. Segala urusan ini hanya boleh dijalankan menggunakan nama syarikat itu sendiri. Nama pemiliknya tidak akan digunakan langsung dalam urusan tersebut. Syarikat ini juga boleh buat pinjaman, menyaman atau disaman sekiranya buat kesalahan.

3. Risiko dan Keuntungan Syarikat

Syarikat sdn bhd dan pemiliknya merupakan dua entiti yang berbeza atau entiti yang berasingan. Keuntungan dan kerugian syarikat tidak akan menjejaskan pemilik syarikat. Setiap perkara berlaku pada syarikat tidak akan menjejaskan pemiliknya. Contohnya, pemilik syarikat tidak berhak memilki kesemua keuntungan hasil daripada syarikat. Sekiranya syarikat mengalami kerugian atau bankrup, pemilik tidak akan terjejas dan pihak bank tidak boleh menarik aset pemilik tersebut. Manakala setiap keuntungan yang diperolehi melalui syarikat, hendaklah di agih-agihkan kepada semua pemegang saham syarikat.

Jika sesuatu berlaku terhadap pemilik syarikat seperti meninggal dunia atau kemalangan, proses perniagaan oleh syarikat akan berlangsung seperti biasa dan tak akan jejaskan urusan syarikat. Begitu juga dengan pemegang saham syarikat. Sekiranya ada ahli dan pemegang saham yang meninggal dunia, saham tersebut boleh dipindahkan kepada waris mengikut kehendak pemilik saham. Pewaris tersebut akan menjadi pemilik saham tersebut dan menjadi lembaga ahli pengarah.

4. Cukai Yang Dikenakan

Sama seperti perniagaan dan jenis syarikat yang lain, cukai tetap akan dikenakan ke atas syarikat bertaraf sdn bhd. Kesemua perbelanjaan yang terbabit dalam perolehan pendapatan sebuah syarikat sdn bhd itu boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan. Pelepasan cukai termasuklah faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit.

Dah tahu serba sedikit tentang syarikat Sdn Bhd kan? Tunggu apa lagi? Jom daftar Sdn Bhd bersama Amr Business Consultant.

Sebarang Pertanyaan Berkaitan Proses Penubuhan Syarikat Sdn Bhd: Klik Sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top