Aplikasi MyInvois

Aplikasi MyInvois Diperkenalkan

Sumber: Instagram hasil_malaysia

MyInvois portal telah dilancarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) pada Jun 2024 dan dilaksanakan pada bulan Ogos 2024 bagi perniagaan yang menghasilakan jualan RM100 juta ke atas. Selanjutnya pada bulan Januari 2025 menjadi perlaksanaan bagi jualan RM25 juta ke atas.

Yang akan memberi impak kepada golongan perniagaan paling ramai adalah apabila perlaksanaan e-Invois bagi jualan RM150 ribu ke atas iaitu pada bulan Julai 2025. Untuk memastikan penggunaan dan pengeluaran e-Invois tidak menjadi satu bebanan kepada PKS (Perniagaan Kecil Sederhana), LHDN memperkenalkan Aplikasi MyInvois.

Dengan adanya aplikasi ini, e-Invois boleh dikeluarkan melalui aplikasi tersebut melalui peranti pintar “smartphone” yang dikeluarkan oleh LHDN. Aplikasi ini tersedia untuk di muat turun di platform App Store (pengguna iOS), Google Play (pengguna Android) dan App Gallery (pengguna Huawei).

Bagi mereka yang ingin menggunakan aplikasi ini, pengguna perlulah mendaftar buat kali pertama di MyInvois Portal.

Tips AMR

  1. Pastikan jumlah jualan pada tahun 2022 (Ogos 2024 / Januari 2025 / Julai 2025)
  2. Jika perniagaan baru ditubuhkan, keperluan e-Invois pada Julai 2025
  3. Menghadiri kursus / penerangan e-Invois untuk persediaan
  4. Semak SOP jualan untuk memastikan berjalan lancar apabila e-Invois bermula
  5. Pelaburan dari sudut sistem atau tambahan pekerja perlu ambil kira dari analisi kos dan faedah pada jangka panjang
  6. Dapatkan nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman

By Rabiq

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top