e-PCB Plus Yang Akan Menggantikan e-PCB
Pada 24 September 2024, LHDN telah memulakan fasa pertama e-PCB Plus untuk proses pemindahan sistem dari sistem sedia ada iaitu e-PCB (termasuk e-CP39 dan e-Data PCB).
Apa yang perlu majikan lakukan pada fasa pertama adalah lebih kepada pengurusan administrasi untuk persediaan e-PCB Plus ke fasa seterusnya.
Berdasarkan pengumuman dari LHDN di portal e-PCB, Fasa 1 meliputi:
- Pendaftaran Peranan Majikan / Wakil Majikan / Pentadbir PCB di MyTax
- Pendaftaran peranan Wakil Pentadbir di e-PCB Plus
- Kemaskini maklumat majikan / pekerja di e-PCB Plus
Buat masa ini, sistem e-PCB sedia ada masih berfungsi seperti biasa sehingga pengumuman penutupan dimaklumkan kemudian.
Tips AMR:
- Pendaftaran Majikan di MyTax
- Pendaftaran Wakil Majikan
- Pendaftaran Pentadbir PCB di MyTax
- Pendaftaran peranan wakil pentadbir di e-PCB Plus
- Kemaskini maklumat majikan di e-PCB Plus
- Kemaskini maklumat pekerja di e-PCB Plus
Dari proses ini, penemuan AMR adalah; pentadbir boleh dilantik lebih dari 1 orang, namun 1 orang sahaja yang boleh jadi pentadbir yang aktif untuk menguruskan e-PCB Plus pada satu masa.
by Rabiq