e-PCB Plus Yang Akan Menggantikan e-PCB

Pada 24 September 2024, LHDN telah memulakan fasa pertama e-PCB Plus untuk proses pemindahan sistem dari sistem sedia ada iaitu e-PCB (termasuk e-CP39 dan e-Data PCB).

Apa yang perlu majikan lakukan pada fasa pertama adalah lebih kepada pengurusan administrasi untuk persediaan e-PCB Plus ke fasa seterusnya.

Berdasarkan pengumuman dari LHDN di portal e-PCB, Fasa 1 meliputi:

  • Pendaftaran Peranan Majikan / Wakil Majikan / Pentadbir PCB di MyTax
  • Pendaftaran peranan Wakil Pentadbir di e-PCB Plus
  • Kemaskini maklumat majikan / pekerja di e-PCB Plus

Buat masa ini, sistem e-PCB sedia ada masih berfungsi seperti biasa sehingga pengumuman penutupan dimaklumkan kemudian.

Tips AMR:

  • Pendaftaran Majikan di MyTax
  • Pendaftaran Wakil Majikan
  • Pendaftaran Pentadbir PCB di MyTax
  • Pendaftaran peranan wakil pentadbir di e-PCB Plus
  • Kemaskini maklumat majikan di e-PCB Plus
  • Kemaskini maklumat pekerja di e-PCB Plus

Dari proses ini, penemuan AMR adalah; pentadbir boleh dilantik lebih dari 1 orang, namun 1 orang sahaja yang boleh jadi pentadbir yang aktif untuk menguruskan e-PCB Plus pada satu masa.

by Rabiq

Scroll to Top