loader image

FIRMA PENGURUSAN

PILIHAN USAHAWAN

APA YANG KAMI TAWARKAN?

Kami menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh untuk Setiausaha Syarikat dan Pengurusan Kewangan di setiap aspek pengurusan, dengan cekap dan bernilai untuk perkembangan perniagaan anda.  Semenjak dari awal penubuhan, AMR Business Consultant Sdn. Bhd. memindahkan kepakaran kami ke dalam pengurusan pelanggan agar memastikan pematuhan peraturan Akta Syarikat 2016, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Jualan dan Perkhidmatan 2018 serta keperluan peraturan lain yang berkaitan.

PERKHIDMATAN KAMI

KHIDMAT PENGURUSAN AKAUN

  • Menyediakan perkhidmatan perakaunan untuk syarikat-syarikat yang ingin menjimatkan kos pengurusan rekod kewangan mereka.
  • Mengumpul dan menyusun dokumen kewangan anda setiap bulan / suku tahunan / tahunan.
  • Merekod transaksi kewangan.
  • Menyediakan Penyata Kewangan.
  • Penyerahan SST.
  • Penyerahan cukai korporat kepada LHDN.
  • Penyediaan bajet tahunan.

KHIDMAT PENGURUSAN CUKAI

Kami memberi nasihat dan membantu dalam pematuhan cukai untuk individu, perkongsian dan cukai syarikat untuk membantu anda mengelakkan penalti yang tidak perlu dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    • Cukai Individu (Enterprise)
    • Cukai Syarikat (Sdn. Bhd.)

KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Bermula dengan penubuhan dan pemerbadanan, penyediaan kemudahan pejabat berdaftar, untuk memberikan bantuan di mesyuarat Lembaga dan mesyuarat dan dokumentasi umum pemegang saham.

    • Pendaftaran Sdn. Bhd.
    • Perkhidmatan Setiusaha Syarikat

KHIDMAT SUMBER MANUSIA

Perkhidmatan Sumber Manusia (HR) merangkumi pelbagai aspek berkaitan pengurusan sumber manusia dalam organisasi. Ia melibatkan aktiviti-aktiviti seperti perekrutan dan pemilihan pekerja, pemantauan prestasi, pembangunan pekerja, dan pematuhan undang-undang buruh.

Team HR kami mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam pengurusan sumber manusia.

Artikel (Percukaian)

By Rabiq Muradi / November 24, 2025 –  Kastam telah mengesahkan melalui email bahawa Sistem MyPMK kini mengalami gangguan rangkaian luar dan tidak boleh diakses. Pasukan IT JKDM sedang menjalankan pembaikan, namun buat masa ini semua permohonan dan pendaftaran berkaitan PMK tidak dapat diproses secara dalam talian.
Dari perspektif operasi, ini bukan sekadar isu teknikal — ia mengganggu rantaian pematuhan cukai, melambatkan proses pendaftaran dan membuka risiko kelewatan kepada syarikat yang bergantung pada MyPMK untuk kelulusan segera.

Artikel (Percukaian)

By Rabiq Muradi / March 6, 2025 – Kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan e-Invoice bagi perniagaan dengan jualan tahunan antara RM150,000 hingga RM500,000 ke tarikh baharu iaitu 1 Januari 2026. Selain itu, tempoh percubaan selama enam bulan juga akan disediakan bagi perniagaan yang termasuk fasa terbaru ini iaitu Fasa 4.

Oleh yang demikian, Fasa 3 e-Invoice, yang akan bermula pada 1 Julai 2025, akan melibatkan perniagaan dengan jualan tahunan antara RM500,000 hingga RM25 juta.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menentukan kategori jualan tahunan ini berdasarkan penyata kewangan tahun 2022 (sekiranya tersedia).

Kami Diyakini oleh pelbagai jenis syarikat

Kami menguruskan lebih dari 400 Syarikat dan SME yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan :

HUBUNGI KAMI

AMR BUSINESS CONSULTANT SDN BHD

10-2, KL TRADERS, NO.99, JALAN GOMBAK, SETAPAK,
53000, KUALA LUMPUR

+603 4032 4115

Scroll to Top