loader image

Makluman Penting LHDN: e-Invois Compliance Review Bermula 15 Disember 2025

Makluman Penting LHDN: e-Invois Compliance Review Bermula 15 Disember 2025

Sebagai persediaan awal, LHDN akan memulakan e-Invois Compliance Review secara rasmi mulai 15 Disember 2025. Semakan ini bukan audit cukai biasa, sebaliknya memberi tumpuan khusus kepada tahap pematuhan e-Invois oleh perniagaan.

Ini menandakan peralihan jelas daripada fasa pelaksanaan kepada fasa penguatkuasaan pematuhan.

Proses e-Invois Compliance Review oleh LHDN

1️⃣ Pemilihan Kes
Perniagaan akan dipilih berdasarkan:

  • Analisis data sistem
  • Profil risiko
  • Maklumat daripada pelbagai sumber

Pemilihan dibuat secara berstruktur dan berasaskan data.

2️⃣ Pengeluaran Notis Semakan
Notis rasmi akan dikeluarkan sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal, yang merangkumi:

  • Tarikh semakan
  • Pegawai LHDN terlibat
  • Tahun Taksiran yang terlibat
  • Senarai dokumen diperlukan

3️⃣ Pelaksanaan Semakan
Pegawai LHDN boleh hadir ke premis perniagaan bagi:

  • Menyemak rekod perakaunan dan penyata bank
  • Menilai e-Invois (termasuk self-billed dan consolidated)
  • Mengakses sistem perakaunan, POS dan data elektronik
  • Mendapatkan penjelasan daripada kakitangan berkaitan

📌 Tempoh semakan: sehingga dua (2) Tahun Taksiran

4️⃣ Keputusan Semakan
Hasil semakan akan mengklasifikasikan perniagaan sebagai:

  • Patuh
  • Tidak patuh
  • Dikecualikan

Antara ketidakpatuhan lazim:

  • Kegagalan mengeluarkan e-Invois
  • Kegagalan mengeluarkan self-billed e-Invois
  • Kegagalan menghantar consolidated e-Invois
  • Rekod perakaunan dan dokumentasi tidak mencukupi

5️⃣ Penalti & Penyelesaian
Bagi kes tidak patuh, LHDN boleh mengeluarkan:

  • Penyata kegagalan e-Invois
  • Tawaran kompaun (penalti)

6️⃣ Bantahan atau Penerimaan
Pembayar cukai mempunyai 18 hari untuk mengemukakan bantahan bersama dokumen sokongan.
Sekiranya tiada maklum balas, keputusan akan dianggap diterima.

AMR Tips

  • Anggap e-Invois sebagai keperluan pematuhan, bukan sekadar sistem.
  • Semak dan uji keseluruhan aliran e-Invois — jualan, pembelian, self-billing dan konsolidasi.
  • Pastikan keselarasan antara operasi, POS, sistem akaun dan e-Invois. Ketidakselarasan ialah punca utama isu pematuhan.
  • Sediakan dokumentasi pematuhan e-Invois lebih awal (aliran proses, kawalan dalaman, contoh transaksi).

Kesimpulan :
e-Invois kini berada di bawah radar penguatkuasaan LHDN. Perniagaan yang tidak bersedia dari segi sistem dan dokumentasi berisiko berdepan tindakan pematuhan.

by Rabiq

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top