Pengecualian Duti Setem untuk Kontrak Penggajian Sebelum 1 Januari 2025
Kerajaan Malaysia melalui Belanjawan 2025 telah memperkenalkan langkah pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) secara berfasa bermula 1 Januari 2026. Sebagai persediaan ke arah pelaksanaan sistem ini, LHDN telah memulakan audit duti setem dan mengeluarkan Rangka Kerja Audit Duti Setem (RKADS) pada awal tahun ini.
Salah satu penemuan utama daripada audit yang dijalankan ialah kegagalan majikan menyetem kontrak penggajian seperti yang diwajibkan di bawah Item 4, Jadual Pertama Akta Setem 1949, yang menetapkan kadar duti setem sebanyak RM10.00.
Bagi mengurangkan beban majikan dengan isu pematuhan baru ini, Kementerian Kewangan telah membuat keputusan berikut:
🔹 Pengecualian penuh duti setem diberikan kepada kontrak penggajian yang telah dimuktamadkan sebelum 1 Januari 2025. Penalti atas kelewatan penyeteman juga dikecualikan.
🔹 Kontrak yang dimuktamadkan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2025 masih tertakluk kepada duti setem tetapi diberikan peremitan penalti, dengan syarat disetemkan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025.
🔹 Mulai 1 Januari 2026, kontrak penggajian yang tidak disetem dalam tempoh ditetapkan akan dikenakan duti setem dan penalti kelewatan seperti biasa.
Majikan dinasihatkan menyemak semula semua kontrak sedia ada dan akan datang, bagi memastikan pematuhan penuh terhadap Akta Setem 1949.
💡 Tips AMR untuk Majikan:
- Audit Dalaman Segera: Lakukan semakan semua fail kontrak pekerja sedia ada, terutama yang ditandatangani sebelum 2025. Jika tidak disetem, rekodkan tarikh tandatangan dan simpan sebagai bukti.
- Setem Sebelum 31 Disember 2025: Bagi kontrak baharu tahun ini (2025), pastikan ia disetemkan sebelum hujung tahun untuk elak penalti.
- Persediaan untuk 2026: Rancang sop pematuhan anda agar semua kontrak selepas 1 Januari 2026 disetem dalam tempoh yang ditetapkan.
- Gunakan khidmat profesional: Jika anda kurang pasti dokumen mana yang perlu disetem, rujuk kepada pihak profesional seperti AMR untuk audit dan bimbingan.
📞 Perlu bantuan semak kontrak pekerja anda?
Hubungi team kami di AMR – kami sedia bantu pastikan pematuhan bisnes anda berada di landasan yang betul.
by Rabiq

