Penggunaan e-107D Secara Menyeluruh Bermula 1 Januari 2025

2% Withholding Tax (WHT) atau Cukai Pegangan kepada ejen dan perniagaan telah dilaksanakan semenjak 1 Januari 2022 (CP107D). Mulai 1 Januari 2025, proses berkaitan CP107D perlu melalui e-107D sistem yang disediakan di dalam MyTax.
Antara proses yang perlu menggunakan e-107D adalah:
- Mengemukakan borang CP107D
- Muat naik lampiran CP107D(2)
- Janaan nombor Bil bagi bayaran Seksyen 107D
- Bayaran menggunakan ByrHasil
Syarikat bertanggungjawab untuk menyerahkan CP107D kepada LHDN dan setiap ejen perlu mempunyai nombor cukai untuk memastikan penyerahan WHT kepada LHDN dapat dilakukan.
Tips AMR :
- Pastikan perlaksanaan pembayaran 2% bagi komisen yang melebihi RM100,000 bagi tempoh tahun sebelumnya dikenalpasti.
- Pastikan tempoh bayaran kepada LHDN (2%) tidak lebih 30 hari setiap kali bayaran komisen kepada ejen dilakukan.
- Pastikan jumlah 2% yang telah dibayar kepada LHDN disertakan didalam CP58 kepada ejen secara tahunan.
by Rabiq