Bermula 1 Januari 2025, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) memperkenalkan MyDigital ID pada platform MyTax. Melalui system ini, pengguna yang ingin log masuk ke MyTax boleh menggunakan MyDigital ID selain dari menggunakan care sedia ada iaitu menggunakan nombor pengenalan dan kata laluan.
Selepas 1 Januari 2027, setiap pengguna wajib log masuk menggunakan MyDigital ID untuk memasuki mana-mana platform yang disediakan oleh LHDN.
MyDigital ID adalah salah satu cara untuk memudahkan pengguna untuk mengakses masuk ke mana-mana portal berkaitan kerajaan dengan menggunakan hanya satu MyDigital ID bagi setiap pengguna.
Selain LHDN, Jabatan Pengangkutan Jalanraya Malaysia (JPJ) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga akan menggunakan MyDigital ID bagi aplikasi mereka.