Penggunaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) Diperluas

Penggunaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) Diperluas

Gambar: Portal e-Perolehan Malaysia

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) memperluaskan perlaksanaan dan keperluan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) terhadap proses perolehan kerja dan perkhidmatan perunding secara fizikal bermula 1 Oktober yang lalu sehingga 31 Mac 2025.

TCC akan menjadi salah satu dokumen keperluan yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan untuk memastikan pematuhan pada undang-undang percukaian negara. Antara yang akan terlibat adalah kerja-kerja perolehan berkaitan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Tips AMR

  1. Memastikan obligasi cukai perniagaan mengikut tarikh ditetapkan (Status TCC: Patuh)
  2. Sentiasa semak TCC berkala untuk memastikan proses pembidaan lebih lancar
  3. Tidak melaporkan cukai pendapatan mengakibatkan TCC Tidak Patuh
  4. Mempunyai tunggakan cukai juga boleh mengakibatkan TCC Tidak Patuh
  5. Jika TCC TIdak Patuh, dapatkan nasihat dari perunding atau ejen cukai dengan segera

By Rabiq

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top