Perkara yang peniaga perlu tahu tentang akaun perniagaan

Bila sebut tentang duit dan untung, semua peniaga akan suka. Tapi, bila sebut tentang akaun dan pengurusan duit, ramai peniaga yang akan berkerut dahi. Kesilapan besar yang banyak dilakukan oleh peniaga adalah tiada pengurusan akaun perniagaan yang bersistem dan cekap. Masalah mula timbul bila peniaga tak cekap dalam pengurusan kewangan dan akaun. Mulalah mereka tak tahu ke mana perginya keuntungan perniagaan.

Jadi, peniaga perlu tahu betapa pentingnya untuk ambil tahu tentang akaun perniagaan ini untuk kemudahan pengurusan perniagaan.

1. Perlu buka Akaun Syarikat

Tak kira berapa besar perniagaan anda, anda perlu ada akaun perniagaan. Jangan masukkan duit perniagaan anda ke dalam akaun peribadi. Gunakan akaun khas untuk semua perbelanjaan syarikat dan semua duit yang diterima. Akaun syarikat akan memudahkan anda untuk berurusan dengan pelbagai pihak lain seperti pihak kerajaan, cukai dan bank di masa akan datang.

2. Jangan ambil duit dari akaun syarikat untuk kegunaan peribadi

Kesilapan utama peniaga adalah mereka fikir itu perniagaan mereka dan mereka boleh suka-suka hati ambil duit untung syarikat. Salah tu! Peniaga tak boleh ambil duit perniagaan. Duit perniagaan adalah untuk anda pusingkan modal, bayar kos dan pelaburan. Jika anda sebagai peniaga nak duit syarikat, anda tak boleh ambil ikut suka hati je, anda perlu ambil gaji. Ramai juga peniaga tak bayar gaji untuk diri sendiri dan sebab itu asyik ambil duit perniagaan sendiri. Ada siapa yang buat macam tu? Mulai dari sekarang, sila ambil gaji dan jadikan ianya sebagai kos perniagaan anda.

3. Tiada sistem perakaunan

Ada peniaga yang dah berniaga bertahun-tahun tapi masih tak ada sistem perakaunan yang betul. Semua duit keluar masuk hanya dicatat secara manual. Resit pembelian atau pembayaran juga tak disimpan dengan rapi. Ini akan mengundang masalah bila anda nak membuat pembayaran cukai nanti.

4. Tak simpan resit, voucher bayaran dan invoice

Dalam perniagaan, ada beberapa dokumen penting yang berkaitan dengan urusan jual beli yang perlu anda simpan dengan baik. Antaranya adalah resit penerimaan bayaran dari pelanggan, voucher bayaran, invoice, resit pembelian, perjanjian sewa beli, perjanjian untuk jualan secara consignment dan macam-macam lagi. Ramai peniaga yang ambil mudah urusan ni. Bagi mereka, ianya tak penting. Yang penting boleh buat jualan dan untung. Dengan rekod jual beli dan dokumen yang lengkap akan membantu anda merangka sasaran jualan di masa akan datang dan membuat belanjawan untuk masa depan.

5. Tak tahu kos perniagaan dan untung

Ramai peniaga tak tahu tentang kos perbelanjaan perniagaan mereka. Mereka tak tahu dengan jelas kos untuk setiap produk. Dari pembuatan sehingga produk tersebut sampai ke tangan pelanggan, semuanya melibatkan kos. Peniaga juga perlu ambil tahu tentang kos perbelanjaan perniagaan, kos jualan, dan untung rugi syarikat. Jika anda tahu dan faham tentang kos dan untung rugi perniagaan, anda mungkin akan nampak hala tuju perniagaan anda ni.

Jadi, kita dah boleh nampak betapa pentingnya untuk menjaga akaun perniagaan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top