Finance Bill 2025 membawa rangka kerja cukai yang jauh lebih ketat, lebih digital dan lebih pro-pemantauan. Banyak elemen penting tidak disebut secara langsung dalam Bajet 2026, tetapi terkandung di dalam rang undang-undang ini — dan implikasinya besar kepada individu, pelabur, pemilik syarikat dan firma profesional.
1) Dividen & Pendapatan Individu
Dividen tempatan melebihi RM100,000 setahun akan dikenakan cukai 2%. Pengecualian pendapatan luar negara (FSI) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036, selagi pendapatan tersebut telah dikenakan cukai di negara asal. Beberapa pelepasan individu dilanjutkan: termasuk yuran taska/kindergarten (RM3,000) serta peralatan EV dan mesin kompos sisa makanan (sehingga RM2,500). Hadiah kemenangan sukan tertentu juga diberi pengecualian cukai.
2) Capital Gains Tax (CGT) – Skop Diperluas
CGT kini merangkumi transaksi korporat seperti liquidation, winding-up, share redemption, conversion, dan pengakhiran pegangan saham. Transaksi melalui nominee dianggap seolah-olah pemilik sebenar melaksanakan jualan tersebut. Ini menutup banyak ruang arbitrage yang selama ini digunakan pelabur korporat.
3) Real Property Gains Tax (RPGT) – Disiplin Baharu
Kerugian RPGT hanya boleh dibawa ke hadapan untuk 10 tahun. Pembayaran RPGT kini membenarkan ansuran berdasarkan self-assessment. Pembeli hanya menahan RPGT mengikut amaun yang dideklarasi penjual — tanggungjawab berpindah kepada penjual untuk deklarasi tepat dan on-time.
4) Duti Setem – Self-Assessment & Penalti Lebih Tinggi
Sistem self-assessment stamp duty bermula 2026 secara berperingkat. Pembayaran duti perlu dilakukan dalam 30 hari selepas pemfailan. Penalti bagi kesilapan atau kelewatan stamping meningkat dengan ketara. Pertukaran hartanah (property swap): setiap pihak membayar duti berdasarkan nilai hartanah yang diterima, bukan nilai yang diserahkan.
5) Pelaburan, REIT & Withholding Tax
Untuk individu dan pelabur asing, REIT tidak lagi tertakluk kepada WHT. Namun individu wajib declare sendiri dalam Borang BE/B dan cukai dikenakan pada kadar marginal masing-masing.
6) Insentif Teknologi, Digitalisasi & ESG
Pelaburan dalam ICT, perisian dan implementasi e-invoicing layak untuk accelerated capital allowances selama dua tahun. Cukai karbon akan bermula 2026 bagi sektor tenaga dan pembuatan berat — signal jelas kerajaan terhadap agenda ESG nasional. E-invoicing terus diperkukuh sebagai mandat utama pematuhan perniagaan.
7) LLP – Pengagihan Keuntungan Dalam Bentuk Aset
Jika LLP mengagihkan keuntungan dalam bentuk bukan tunai, dan nilai pasaran agihan melebihi RM100,000, lebihan tersebut dianggap pendapatan bercukai.
8) Pentadbiran Cukai – Lebih Awal, Lebih Digital, Lebih Ketat
Syarikat kini perlu membayar ansuran pertama pada bulan pertama tahun taksiran. Lebihan pembayaran cukai boleh di-set-off dengan duti setem dan cukai Labuan. Partnerships kini termasuk dalam keperluan MITRS untuk pemfailan elektronik.
AMR Tips
- Optimakan Struktur Pegangan Saham & Exit Strategy
Dengan CGT yang lebih luas, banyak transaksi korporat kini taxable. Pemegang saham majoriti dan pelabur profesional perlu stress-test semula struktur pegangan dan strategi pelupusan. - RPGT & Hartanah: Rancang Lebih Teliti
Had 10 tahun untuk kerugian RPGT memaksa pelabur hartanah mengatur semula jadual jual beli. Opsyen ansuran membuka ruang cash-flow planning lebih taktikal. - REIT: Jangan Keliru Tiada WHT = Bebas Cukai
Individu tetap kena bayar cukai berdasarkan kadar peribadi. Kesilapan deklarasi adalah risiko tinggi dua tahun pertama. - LLP & Agihan Aset: Jangan Lebih RM100K Tanpa Pelan
LLP perlu menilai impak cukai sebelum mengagih aset bernilai tinggi — threshold ini bukan kecil. - Penyusunan Semula Cash-Flow
Ansuran cukai lebih awal + self-assessment + penalti stamping mengubah dinamik cash-flow syarikat. Masa untuk semak SOP kewangan dalaman. - Gunakan Insentif Teknologi
E-invoicing + ICT allowances = peluang menjimatkan kos pematuhan sambil menaik taraf proses operasi.
by Rabiq

