Pempengaruh (Influencer) Jadi Teladan Kepada Masyarakat
Undang-undang cukai tertakluk kepada semua entiti perniagaan atau individu yang menghasilkan pendapatan di dalam Malaysia dan ianya tidak terkecuali kepada pempengaruh (influencer).
Dari analisa yang dinyatakan oleh LHDN, pempengaruh mikro yang mempunyai 10,000 pengikut akan memperolehi purata 5 kerja sebulan untuk mempromosi barangan atau perkhidmatan.
Manakala yang Pempengaruh Makro mempunyai lebih dari 100,000 pengikut akan memperoleh lebih kerja mempromosi sebulan dan ianya akan menjadi kerja sepenuh masa bagi mereka.
Setiap individu yang menghasilkan pendapatan selain melalui gaji harus menyatakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui Borang B yang perlu dilaksankan selewat-lewatnya pada 30 Jun setiap tahun.
Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Wilayah Putrajaya Rohaizad Abd Fandi berkata kepatuhan undang-undang cukai bukan sekadar tanggungjawab, namun ia juga submbangan pembangunan kepada negara. Pempengaruh haruslah menjadi contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana.
Sumber: BERNAMA
Tips AMR:
Kenalpasti tempoh/tahun taksiran yang perlu dilapor (Januari hingga Disember 2023)
Kenalpasti jumlah pendapatan dalam tempoh tersebut
Kenalpasti kos dan perbelanjaan yang berkaitan pendapatan dalam tempoh tersebut
Kenalpasti pelepasan cukai individu yang layak dalam tempoh tersebut
Lapor sebelum 30 Jun 2024 setiap tahun selepas tahun taksiran
Dapatkan nasihat dari penasihat cukai berpengalaman