loader image
Terma & Syarat (T&C) – Cabutan Bertuah Penyelesaian Hutang Klien
Dokumen Rasmi Kempen

TERMA & SYARAT (T&C)

Cabutan Bertuah Penyelesaian Hutang Klien

Lihat T&C
Dokumen Terma & Syarat
1.
Kelayakan Penyertaan
1.1.	Cabutan bertuah ini terbuka kepada klien yang telah menyelesaikan bayaran sepenuhnya bagi perkhidmatan yang diambil selewat-lewatnya pada 28 Februari 2025.

1.2.	“Penyelesaian bayaran” merujuk kepada:
-	Bayaran penuh diterima oleh syarikat, dan
-	Tiada baki tertunggak bagi perkhidmatan tersebut pada atau sebelum tarikh kelayakan.
2.
Kiraan Kelayakan Penyertaan
2.1	Setiap satu (1) perkhidmatan yang diselesaikan sepenuhnya melayakkan klien mendapat satu (1) penyertaan dalam cabutan bertuah.

2.2	 Sekiranya klien mengambil lebih daripada satu perkhidmatan, bilangan penyertaan adalah mengikut jumlah perkhidmatan yang telah diselesaikan sepenuhnya.
Contoh:
•	Klien ambil 3 perkhidmatan
•	Selesaikan bayaran 2 daripada 3 perkhidmatan
•	Klien layak menerima 2 penyertaan dalam cabutan bertuah.

2.3	Perkhidmatan yang belum diselesaikan sepenuhnya tidak akan dikira sebagai penyertaan.
3.
Tempoh Kempen
3.1 Tempoh kelayakan kempen adalah sehingga 13 Mac 2025.

3.2	Bayaran yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diambil kira untuk cabutan bertuah ini.
4.
Hadiah Cabutan Bertuah
4.1 Hadiah adalah seperti yang dinyatakan oleh pihak syarikat dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

4.2 Hadiah tertakluk kepada ketersediaan, dan syarikat berhak menggantikan hadiah dengan hadiah nilai setara sekiranya perlu.
5.
Proses Cabutan & Pengumuman Pemenang
5.1 Cabutan bertuah akan dijalankan pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh syarikat.

5.2 Keputusan cabutan adalah muktamad, dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.
6.
Hadiah Pakej Percutian
6.1 Hadiah pakej percutian adalah tertakluk kepada:
•	Terma dan syarat ejen pelancongan
•	Tempoh sah penebusan hadiah

6.2 Sebarang kos tambahan seperti:
•	Insurans perjalanan
•	Cukai pelancongan
•	Perbelanjaan peribadi
adalah tanggungan pemenang.

6.3 Sebarang perubahan tarikh selepas pengesahan adalah tertakluk kepada caj tambahan oleh ejen pelancongan.
7.
Hadiah Fizikal
7.1 Hadiah fizikal seperti Gold Bar akan diberikan dalam keadaan asal dan tidak boleh ditukar atau dipulangkan.

7.2 Nilai hadiah adalah berdasarkan harga pasaran pada tarikh pembelian, dan mungkin berbeza daripada nilai yang diiklankan.
8.
Pengesahan & Pembatalan Kelayakan
8.1 Syarikat berhak untuk:
•	Mengesahkan rekod bayaran klien
•	Membatalkan penyertaan sekiranya terdapat kesilapan, penipuan, atau pertikaian bayaran.

8.2 Sekiranya bayaran yang telah diambil kira kemudian:
•	Dibatalkan
•	Dipulangkan
•	Dicaj balik (chargeback)
•	Penyertaan klien tersebut akan terbatal secara automatik.
9.
Cukai & Tanggungjawab Pemenang
9.1 Sebarang cukai, duti atau kos berkaitan penerimaan hadiah (jika ada) adalah tanggungjawab pemenang.
10.
Hak Syarikat
10.1 Syarikat berhak untuk:
•	Mengubah, menangguhkan atau membatalkan cabutan bertuah tanpa notis awal jika berlaku keadaan di luar kawalan.
•	Mentafsir Terma & Syarat ini, dan keputusan adalah muktamad.
Untuk pertanyaan, sila hubungi WhatsApp AMR.
Scroll to Top